Doa pendekat Jodoh

Datuk Dr Harun Din ada menitipkan doa pendekat jodoh untuk kita semua. Kombinasi doa-doa berikut boleh dibaca:
(1) Surah Al-Fatihah
(2) Doa Pendekat jodoh

'Allah tidak akan mengubah qadanya (penentuannya) melainkan kerana doa.
Ertinya meskipun seseorang itu telah ditetap­kan untuk tidak mempunyai jodoh di dalam dunia ini namun kerana doanya penentuan itu boleh diubah oleh Allah.
Doa pendekat jodoh boleh dibuat dengan dua cara yang asas iaitu sama ada yang berke­naan berdoa sendiri ataupun dimintakan seo­rang lain yang beramal soleh untuk mendoakan bagi dirinya.
Sekiranya ingin berdoa sendiri maka doa itu boleh dibaca ke hadrat Allah dalam bahasa Melayu dan hendaklah dipohon permintaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merasa jemu ataupun putus asa.
Doa ini sebaiknya dibuat pada waktu-waktu makbul doa seperti tengah malam yang sunyi ketika orang lain sudah tidur, ketika antara dua khutbah Jumaat, berada di Arafah sewaktu wukuf lebih-lebih lagi menjelang maghrib, di Multazam (tempat antara pintu Kaabah dan Hajar Aswad dan pada malam lailatulqadar.
Mereka yang berkenaan boleh juga melakukan sembahyang hajat memohon kepada Allah agar dipermudahkan jodoh pada diri mereka
Ayat ayat yang elok diamalkan ialah Ayat empat dari surah Yusuf dan ayat 31 dari Surah Arra’du dan didoakan dengan niat semoga Allah mendekatkan aku dengaan (nama pilihan hati) dan bagi mereka yang tidak mempunyai pilihan doalah dengan jodoh yang ditentukan Allah.
Mingguan Malaysia Ahad 21 Mei 1995

PTC - Paid To Click


www.indoclix.com
Min Cashout: $0.10 via Paypal, $1.00 via Alertpay
Payment: Paypal & Alertpay
Register Here



www.clicksia.com
Min Cashout: $1.00
Payment: Paypal & Alertpay
Register Here
 
This Is Nizam's Blog ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates